top of page
Post: Blog2_Post

ASBF YANG KECIK TAK UNTUNG

  • Writer: CIKGU KEWANGAN
    CIKGU KEWANGAN
  • Dec 29, 2018
  • 2 min read

“Bos citer yang besar2 je 100k, 200k..cer citer yang kecik2 30k. Rse mcmx untung je”.


Semalam ada yang yang komen kata Faiz asyik tunjukkan ASBF yang besar je. Selalu share yang 200k sahaja. Betul lah tuh. Memang Faiz selalu share yang 200k je sebab minimum 10k dan maksimum adalah 200k. Faiz share yang maksimum 200k untuk yang mampu buat maksimum. Kalau tak mampu buat dahulu yang kecik dan guna teknik ulangan sehingga maksimum 200k tetapi komitmen bulanan sama.


Bagaimana tuh? Kena lah jumpa consultant macam Faiz untuk FREE guide. Ini tidak bila orang buat ko pon nak buat. Buat tanpa ILMU. Dah tuh tak nak buat dengan consultant sebab tak percaya. Nak pergi walk in sahaja. Bila ada masalah dan soalan PANDAI plak nak tanya consultant. Minta tolong kirakan lah. Ini bukan Faiz lah. Faiz okay sahaja. Hehehe

Okay macam yang komen tadi pasal buat ASBF kecik2 macam 30k tak untung.Mari Faiz tunjukkan kiraan ya. Betul ke betul tak untung?


CASE


Hazim mohon pembiayaan ASB islamik 30k dengan kadar keuntungan bank 5.2% tempoh 30 tahun tanpa takaful. Beliau target nak terminate selepas 3 tahun dan nak bayar sahaja tanpa keluarkan dividen. (RUJUK GAMBAR PERTAMA)

Bulanan : RM 165 Tahunan : RM 1980 Dividen : 7%


TAHUN 2019 1. Bayar sebulan RM165 setahun RM1980. Dividen 7% x RM30k bersamaan RM2100.


TAHUN 2020 2. Bayar ASBF seperti biasa tanpa sentuh dividen. Akaun ASB sudah menjadi RM30k + RM2100 (DIVIDEN 2019) bersamaan RM32 100. Dividen 7% x RM32 100 bersamaan RM 2247. Walaupun kadar dividen sama 7% namun hasil dividen telah bertambah kerana nilai sijil compounding bersama dividen 2019.


TAHUN 2021 3. Bayar ASBF seperti biasa tanpa sentuh dividen. Akaun ASB sudah menjadi RM32 100 + RM2247 (DIVIDEN 2020) bersamaan RM34 347. Dividen 7% x RM34 347 bersamaan RM 2 404. Hasil dividen telah meningkat. Akhir tahun pergi ke bank berdekatan untuk terminate.


HASIL TERMINATE • DIVIDEN TERKUMPUL : RM 6751 • PRINCIPAL : RM 1350 (RUJUK GAMBAR KE-2) • HASIL KESELURUHAN : RM 8101 • MODAL : RM 5940


Jadi hasil korang dapat selepas terminate adalah RM 8101 setelah 3 tahun. Korang modal RM 5940. Ada untung sebanyak RM 2161. Jadi macam mana boleh rugi pulak? Ke korang tak pernah buat pon ASBF cuma ikut cakap orang je. MEMBAWANG tak sudah. ATAU tak ada ilmu tapi buat sebab tengok orang buat je sebab itu perlukan consultant. Korang bukan kena bayar diorang pon. FREE OF CHARGE sahaja. Boleh datang tempat korang lagi. Bukan buat pergi walk in tetapi bila ada masalah baru nak tanya consultant. Korang rasa? Hehehe

Yang berada sekitar LEMBAH KLANG dan JB kalau nak SAMBAR peluang ini terus whatsapp Faiz untuk set APPOINTMENT secara PERCUMA😁



Nota:

1. Andaian kadar keuntungan bank adalah 5.2%.

2. Andaian purata dividen adalah 7%

3. Ini adalah tulisan peribadi, tidak mewakili mana-mana pihak lain.


AMIRUL FAIZ CIKGU KEWANGAN





Comments


+60169073161

©2018 by CIKGU KEWANGAN. Proudly created with Wix.com

bottom of page